ARAU, PERLIS – Hidayah Centre Foundation (HCF) menganjurkan Aktiviti Sampaikan Risalah Islam kepada orang awam di Pekan Pauh, Arau, Perlis pada Khamis, 16 Julai 2026, bermula jam 3.00 petang.
Melalui aktiviti ini, sukarelawan HCF menyampaikan risalah ringkas tentang Islam bersama hadiah kecil sebagai tanda hormat dan mesra kepada masyarakat setempat, khususnya rakan-rakan bukan Islam. Pendekatan yang digunakan ialah pendekatan mesra dan terbuka, tanpa sebarang paksaan.



Aktiviti ini bertujuan memberi peluang kepada orang awam untuk mengenali Islam daripada sumbernya yang sebenar, selain membetulkan tanggapan yang timbul akibat maklumat yang tidak lengkap. Pendekatan dakwah secara hikmah dan berakhlak dilihat mampu membuka ruang dialog serta memupuk sikap saling menghormati dalam masyarakat majmuk.





