Rungkai Salah Faham Masyarakat di Sekolah Cina

KUALA LIPIS – Hidayah Centre Foundation (HCF) Pahang telah mengambil langkah proaktif dengan membuka ruang penerangan Islam sempena Sambutan Pesta Duan Wu di SJK (C) Chung Hwa, Kuala Lipis. Inisiatif turun padang ini merupakan sebahagian daripada program anjuran bersama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) serta Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).

Penglibatan HCF dalam acara kebudayaan ini merupakan satu strategi serampang dua mata bagi menepis stigma negatif serta tanggapan skeptikal sesetengah pihak terhadap aktiviti dakwah. Pendekatan yang digerakkan ini kekal berlandaskan prinsip tiada paksaan dalam beragama, sebaliknya ia tertumpu sepenuhnya kepada usaha memberi pencerahan yang tepat mengenai nilai rahmah dan keharmonian Islam kepada masyarakat bukan Islam.

Melalui ruang interaksi yang mesra dan terbuka, pengunjung pelbagai kaum berpeluang bertukar pandangan serta mendapatkan maklumat yang sahih tanpa sebarang rasa prejudis. Usaha kolaboratif ini diharap dapat meruntuhkan tembok pemisah antara agama dan budaya, sekali gus mengeratkan jalinan perpaduan yang lebih utuh dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top