Rakan NGO Ringankan Beban Mualaf Pulau Pinang

Program Bakul Ramadan Kasih Pulau Pinang

9 Mac 2026 (Isnin) – Hari ini telah berlangsung Program Bakul Ramadan Kasih Pulau Pinang anjuran IKRAM Permatang Pauh dan Mawar Sutera, dengan sokongan tajaan daripada Yayasan TAQWA MAIWP yang diadakan di SMK Pauh Jaya.

Program ini bertujuan membantu meringankan beban penerima dalam membuat persediaan menyambut bulan Ramadan melalui sumbangan bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan asas.

Turut menerima sumbangan dalam program ini ialah 10 orang mualaf santunan Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP) sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap kebajikan mualaf dalam komuniti.

Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada para penerima serta menambahkan lagi semangat kebersamaan dan kasih sayang dalam masyarakat, khususnya menjelang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

#ramadan2026

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top