fbpx

Qurban for Mualaf

Ibadah korban merupakan syiar Islam yang sangat dituntut di bulan Zulhijjah yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Apatah lagi sekiranya ibadah korban ini dilaksanakan untuk mereka yang sangat-sangat memerlukan seperti golongan saudara baru kita

Program Ibadah Korban bersama saudara baru telah dianjurkan saban tahun dengan memberikan tumpuan utama kepada kawasan pedalaman di negeri Sabah dan Sarawak. Alhamdulillah, pada tahun ke-4 penganjuran ini, Hidayah Centre Foundation akan meneruskan lagi pelaksanaan ibadah korban ini dengan sasaran sebanyak 40 ekor lembu untuk diagihkan kepada lebih 3000 orang saudara baru di seluruh Malaysia. Agihan sasaran ibadah korban pada tahun ini adalah sebanyak  30 ekor lembu di Sabah, 4 ekor lembu di Sarawak dan 6ekor lembu di Semenanjung Malaysia.

Program “Qurban For Mualaf” ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan juga menyantuni mualaf agar mereka bersama-sama dapat merasai keberkatan dan kemeriahan ibadah qurban. Disamping itu, Qurban for Mualaf ini juga bertujuaan untuk berkongsi kepada mualaf mengenai adab-adab melaksanakan ibadah korban merangkumi aspek penyembelihan, pengagihan daging dan perkara-perkara berkaitan ibadah korban yang mengikut syarak.

“Tidak ada satu amalan anak Adam yang paling disukai Allah di hari-hari Aidil Adha melainkan ibadah qurban…” [ HR Tirmizi, Ibn Majah dan Hakim]

Hidayah Centre Foundation mengajak semua umat Islam untuk berkongsi secebis kegembiraan buat saudara baru dengan menyertai Qurban for Mualaf. Hanya RM690.00 sahaja untuk korban satu bahagian lembu dan RM1200.00 sahaja untuk seekor kambing.

Jom! bersama kita sebar luaskan kempen ini kepada semua kenalan seluruh negara. Mudah-mudahan ada saham akhirat buat kita semua.

Korban anda, Kegembiraan mereka!

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf

#HidayahCentreFoundation

× Whatsapp kami