Menjejaki Mualaf Sekitar Daerah Papar
HCF Papar | 7 April 2026 (Selasa)
Alhamdulillah, langkah demi langkah, usaha menjejaki dan menyantuni saudara-saudara mualaf di sekitar Daerah Papar terus digerakkan. Setiap kunjungan bukan sekadar ziarah, tetapi membawa misi untuk memahami keadaan semasa mereka serta memperkukuh pendidikan agama sebagai asas kehidupan seorang Muslim.


Di sebalik kesibukan harian, mereka tetap istiqamah mencari ilmu. Kesungguhan ini menjadi inspirasi dan peringatan buat kita semua tentang nilai sebenar menuntut ilmu agama.
Terima kasih kepada para tenaga pengajar yang komited membimbing kelas mengaji al-Quran dan ilmu agama. Usaha ini membina keyakinan, kekuatan dan harapan dalam diri para mualaf.
Perjalanan dakwah masih panjang. Amanah membimbing adalah tanggungjawab bersama. HCF Papar akan terus komited bergerak bersama agensi agama seperti JHEAINS Daerah Papar bersama NGO lain demi memastikan kebajikan dan bimbingan mualaf sentiasa terpelihara.





