Program Sumbangan Back To School

π‘·π’“π’π’ˆπ’“π’‚π’Ž π‘Ίπ’–π’Žπ’ƒπ’‚π’π’ˆπ’‚π’ π‘©π’‚π’„π’Œ 𝑻𝒐 𝑺𝒄𝒉𝒐𝒐𝒍

13 Disember 2025
Sabtu
HCF Sarawak

Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation (HCF) Sarawak dengan kerjasama Yayasan Buruj, Tabung Baitulmal Sarawak dan Kompleks Islam Sarawak telah berjaya menganjurkan Program Sumbangan Back To School bagi membantu anak-anak mualaf membuat persediaan ke sesi persekolahan yang baharu.

Seramai 50 orang anak-anak mualaf telah menerima sumbangan melalui program ini termasuk dari Sibu dan Bintulu. Diharapkan bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban ibu bapa mualaf serta menyuntik semangat kepada anak-anak untuk melangkah ke alam persekolahan dengan lebih yakin dan ceria.

Selain itu, pihak Yayasan Buruj turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada kakitangan dan para sukarelawan HCF serta Tempat Transit Gelandangan (TTG) sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan dalam menjayakan program-program kebajikan bersama.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yayasan Buruj, Tabung Baitulmal Sarawak dan Kompleks Islam Sarawak atas sokongan, keprihatinan serta kerjasama yang amat bermakna dalam menjayakan program ini.

Semoga setiap kebaikan yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati Allah SWT

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top