BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG – Program Mooncake Festival anjuran Hidayah Centre Foundation (HCF) berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada Sabtu, 26 September 2026, bermula jam 6.00 petang di Dewan Komuniti Taman Saujana Permai, Bukit Mertajam.
Program ini disertai seramai 50 orang peserta, termasuk dua orang bukan Islam yang turut serta memeriahkan suasana.
Acara utama, iaitu Pertandingan Mewarna, dipertandingkan dalam dua kategori, iaitu 4 hingga 8 tahun dan 9 hingga 12 tahun. Kanak-kanak menunjukkan kreativiti masing-masing dalam suasana yang ceria dan penuh semangat.






Selain itu, mooncake diedarkan secara percuma kepada para hadirin sebagai simbol perayaan, sekali gus menambahkan kemesraan dan semangat kebersamaan. Kanak-kanak juga kelihatan gembira bermain tanglung di sekitar dewan, menjadikan suasana lebih meriah dan berwarna-warni.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya untuk mengeratkan hubungan masyarakat, menyemarakkan semangat perpaduan, serta memperkenalkan nilai budaya dalam suasana harmoni.





