๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ซ๐๐ฎ๐ค๐ ๐๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐ ๐๐ฅ-๐๐๐๐ข๐ง๐๐ญ๐ฎ๐ฅ ๐๐ฎ๐ฌ๐ง๐, ๐๐ข๐๐ฎ ๐๐๐ฒ๐
4 Januari 2026
Ahad
HCF Sibu
Alhamdulillah, Program Hari Terbuka Masjid Al-Madinatul Husna, Sibu Jaya telah berlangsung dengan lancar dan penuh kemesraan. Program ini menjadi wadah untuk memperkenalkan masjid sebagai pusat ibadah, dakwah dan keharmonian, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.






Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya Rakan Hidayah, Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Madinatul Husna, serta semua tetamu dan pengunjung yang hadir.
Semoga usaha ini memberi manfaat berterusan dan menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih baik pada masa akan datang. Terima kasih atas sokongan anda semua ![]()





