Alhamdulillah, Pihak Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP) dengan penuh syukur telah menerima sumbangan sebanyak 20 naskhah Surah Yasiin dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina daripada Persatuan Cina Muslim He-Peng.
Sumbangan ini amat bermakna sebagai satu usaha pendidikan mualaf, khususnya bagi membantu saudara mualaf yang belum fasih membaca skrip Arab, agar mereka dapat memahami dan mendekati mesej Al-Quran dengan lebih baik.








