Pengucapan Syahadah Seorang Saudara Baharu Muslimah

SYAHADAH

GEORGE TOWN — Pejabat Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP) sekali lagi menjadi saksi detik keindahan hidayah menerusi pengucapan Kalimah Syahadah oleh seorang hamba Allah wanita yang kini rasmi bergelar seorang Muslimah, dalam satu majlis ringkas yang berlangsung pada pagi ini.

Langkah penghijrahan ini merupakan permulaan babak baharu buat beliau dalam mendalami dan mengamalkan ajaran Islam secara keimanan dan syariat. Seluruh warga kerja serta sukarelawan HCFPP menzahirkan rasa syukur atas keputusan jujur dan ikhlas yang dibuat oleh saudara baharu berkenaan untuk kembali kepada agama fitrah.

Pihak pengurusan HCFPP mendoakan agar Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat-Nya, mempermudahkan segala urusan kehidupan harian beliau, menguatkan pasak iman, serta mengurniakan kecekalan untuk terus istiqamah sebagai seorang Muslimah yang diredhai-Nya.

#Syahadah

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

#HidayahMilikAllah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top