Merentas Jalan Berbatu Demi Penduduk

Bayangkan perjalanan sejauh 45 kilometer dari Pekan Ranau, mengambil masa hampir 2 jam melalui jalan pedalaman yang mencabar dan belum berturap sepenuhnya.

Namun, lelah itu langsung hilang sebaik sahaja kami melihat senyuman yang menyambut ketibaan kami di Kampung Kaingaran Ulu Sugut.

Pada 27 Jun lalu, Team Hidayah Centre Bundu Tuhan (HCBT) menyertai konvoi Jelajah Dakwah Ranau untuk Program Santai Bersama Imam Kariah Masjid Al-Hidayah.

Misi kami satu: mendekati hati masyarakat dan menghidupkan fungsi masjid sebagai nadi komuniti pedalaman.

Dalam program ‘Free Market’, seronok melihat penduduk kampung datang memilih sendiri barangan keperluan harian yang disediakan. Di sini, dakwah bukan sekadar kata-kata, tetapi dizahirkan melalui kasih sayang dan bantuan nyata.

Suasana masjid dihidupkan dengan pengisian rohani dan ilmu perkahwinan, bagi membantu masyarakat membina institusi keluarga yang kukuh berlandaskan syariat Islam.

Detik kebersamaan ini diserikan lagi dengan aktiviti gotong-royong memasak bersama orang kampung yang sangat mesra dan menerima kehadiran kami dengan tangan terbuka.

Kami melangkah pulang membawa seribu kenangan dan ukhuwwah yang erat.

Semoga usaha kerjasama JHEAINS Daerah Ranau, JAKIM, YADIM, HCBT, KDMRS, dan para sukarelawan ini diberkati.

Ya Allah, satukanlah hati kami dan limpahkanlah keberkatan buat penduduk kampung ini dalam urusan agama serta kehidupan mereka. Amin.

#HidayahCentreFoundationSabah#JelajahDakwahRanau#HCBT#DakwahPedalaman#Ranau#Sabah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top