Menyantuni 10 Keluarga Mualaf

AGIHAN BAKUL MAKANAN | MENYANTUNI 10 KELUARGA MUALAF DI KG PORING, RANAU 🌿

Alhamdulillah, rezeki dikongsi, kasih disemai. ❤️

Hidayah Centre Foundation (HCF) Cawangan Bundu Tuhan telah melaksanakan agihan bakul makanan kepada 10 keluarga mualaf di Kampung Poring, Ranau, hasil sumbangan daripada Takaful Ikhlas.

Sumbangan ini bukan sekadar bantuan keperluan harian, tetapi juga membawa mesej kasih sayang, keprihatinan dan kebersamaan dalam menyantuni saudara-saudara mualaf yang sentiasa dekat di hati kita.

💚 SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT TAKAFUL IKHLAS

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Takaful Ikhlas atas kemurahan hati dan kepercayaan dalam menyalurkan sumbangan ini.

🤲 Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan urusan Takaful Ikhlas, melimpahkan rezeki yang berpanjangan, mengurniakan kejayaan serta menjadikan setiap sumbangan sebagai amal jariah yang berterusan ganjarannya. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

🤝 TERIMA KASIH JHEAINS RANAU

Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Imam Kariah dan Pegawai Tadbir Agama (PTA), JHEAINS Ranau atas kesudian hadir bersama-sama menjayakan agihan bakul makanan ini.

Kehadiran dan sokongan pihak JHEAINS amat bermakna dalam memperkukuh kerjasama serta usaha menyantuni dan memperkasakan komuniti mualaf di daerah Ranau.

✨ Semoga setiap bantuan yang dihulurkan menjadi asbab kegembiraan buat penerima dan keberkatan buat semua yang terlibat.

Kerana dakwah bukan hanya melalui kata-kata, tetapi juga melalui kasih sayang dan tindakan.

HIDAYAH CENTRE FOUNDATION BUNDU TUHAN

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf.

#HidayahCentreFoundation#HCFBunduTuhan#TakafulIkhlas#JHEAINSRanau#SantuniMualaf#AgihanBakulMakanan#KgPoring#Ranau#DakwahBilHal#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top