KAMPUNG PAHU – Hidayah Centre Foundation (HCF) Bundu Tuhan dengan kerjasama Belia Kampung Pahu telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H pada 25 Ogos 2026 bertempat di Kampung Pahu. Program kemasyarakatan ini dianjurkan sebagai wadah untuk memperingati keagungan serta perjuangan Nabi Muhammad SAW, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak organisasi dan komuniti tempatan.



Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian bermakna telah dilaksanakan bagi menyemarakkan majlis. Acara dimulakan dengan perarakan Maulidur Rasul yang disertai oleh penduduk kampung, diikuti dengan bacaan doa serta sesi tazkirah ringkas yang menyampaikan mesej-mesej murni nilai Islam. Majlis turut diselikan dengan persembahan nasyid daripada para Perantis Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Dakwah Islam yang menyerikan lagi suasana.
Pihak Hidayah Centre Foundation merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa Belia Kampung Pahu serta warga penduduk atas sokongan padu dan keterbukaan dalam menjayakan majlis ini. Diharapkan agar kerjasama strategik ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memupuk keharmonian serta menyebarkan rahmat nilai-nilai Islam dalam kalangan masyarakat setempat.





