Meja Dakwah Sempena Program Komuniti

BATU GAJAH – Hidayah Centre Foundation (HCF) Perak telah mengambil inisiatif membuka Meja Dakwah sempena Program Komuniti yang berlangsung di Kampung Ara Payung, Batu Gajah, Perak.

Inisiatif ini dilaksanakan sebagai platform untuk mendekati masyarakat majmuk setempat secara mesra dan berhikmah, di samping menyampaikan kefahaman yang tepat mengenai ajaran Islam. Selain aktiviti interaktif dan ramah mesra, pengunjung tempatan turut digalakkan untuk menyokong usaha dakwah melalui pendaftaran sebagai Rakan Hidayah serta menyumbang kepada Dana Dakwah & Pemerkasaan Mualaf.

Penglibatan aktif HCF Perak dalam program kemasyarakatan sebegini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan organisasi bagi memupuk perpaduan inter-etnik dan memastikan kelestarian sokongan bimbingan terhadap saudara baharu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top