Masjid Dijadikan Tempat Kefahaman

𝐁𝐒π₯𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐒𝐝 πƒπ’ππžπ€πšπ­π’, π‡πšπ­π’ π’πžπ¦πšπ€π’π§ 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐑𝐚𝐦𝐒

#repost HCF Selangor

Pada 3 Mei 2026 (Ahad) yang lalu, Program Mosque Tour Guide Mingguan telah berlangsung dengan penuh harmoni dari 9.30 pagi hingga 11.00 pagi di Masjid Kota Kemuning. Program ini menjadi ruang untuk masyarakat mengenali Islam dengan lebih dekat dalam suasana santai, mesra dan penuh keterbukaan.

Kadangkala, satu lawatan ke masjid mampu mengubah persepsi dan membuka pintu kefahaman yang lebih luas tentang Islam.

Sepanjang program, peserta mengikuti sesi lawatan ke beberapa bahagian masjid seperti ruang wuduk, ruang solat serta penerangan mengenai imam, azan, maksud azan dan Surah Al-Fatihah. Peserta juga diberi peluang bertanya secara terbuka bagi memahami Islam dengan lebih jelas dan santai.

Program ini turut diserikan dengan sesi makan dan sembang santai bersama rakan-rakan Non-Muslim, sekali gus mengeratkan hubungan, membina persefahaman dan memupuk keharmonian dalam masyarakat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top