Majlis Sumbangan Kasih Mualaf

3 Mei 2026 (Ahad) – Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Sumbangan Kasih Mualaf dari PELITAWANIS TNB Pulau Pinang yang bertempat di Tingkat 2, Dewan Nicholas, Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP).

Majlis ini telah memberi manfaat kepada seramai 30 orang penerima dalam kalangan saudara dan saudari mualaf sebagai tanda sokongan, kasih sayang dan keprihatinan terhadap mereka.

Sepanjang majlis berlangsung, suasana penuh dengan kemesraan dan ukhwah jelas dirasai antara para penerima dan penyumbang. Diharapkan sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban serta memberi semangat kepada para penerima untuk terus istiqamah dalam kehidupan sebagai Muslim.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak PELITAWANIS TNB Pulau Pinang atas sumbangan, sokongan dan kerjasama yang sangat bermakna dalam menjayakan majlis ini.

Semoga segala usaha dan kebaikan ini diberkati serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.

“𝑺𝒂𝒎𝒑𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎, 𝑷𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒖𝒂𝒍𝒂𝒇”

#sumbangankasih

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top