Majlis Silaturahim / Surau Al Jauhari Kg Simpangan Poring / 23-24 Okt 2026
Alhmdulillah HCBt bersama-sama menjayakan program majlis Silaturahim yang dianjurkan di Kg Simpangan Poring baru-baru ini .
Seramai 7 rakan strategik yang bersama sama menjayakan program ini selama dua hari .



Banyak aktiviti yang dijalankan antaranya Gotong Royong perdana, Kuliah Maghrib , Tahsin Ibadah , kuiz berkaitan fekah dan majlis pelancaran pada hari terakhir .
Diharapkan majlis ini menjadi perintis kepada program program keagamaan lain di masa akan datang
Teruskanlah usaha dakwah tidak kira dimana jua. Berdakwah adalah amalan kebaikan dan kebajikan yang diperintahkan oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya.” (Hadis Riwayat Muslim )





