KUBANG PASU (24 Jun 2026) – Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu telah menyaksikan majlis lafaz syahadah seorang saudari baharu yang secara rasminya memeluk agama Islam.
Majlis ringkas tersebut turut dihadiri oleh wakil kakitangan Hidayah Centre Foundation (HCF) bersama sukarelawan Rakan Hidayah. Selain menyaksikan saat bersejarah tersebut, pihak HCF turut menyampaikan cenderahati sebagai simbolik sambutan mesra serta sokongan moral kepada saudari baharu berkenaan.

Penglibatan HCF dalam majlis ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan organisasi dalam menyediakan sistem sokongan (support system), bimbingan susulan, serta perkhidmatan mesra mesyarakat kepada mana-mana individu yang ingin mempelajari atau mengenali Islam dengan lebih dekat.





