Majlis Akad Nikah Komuniti Mualaf Kampung Kaiboton

KAMPUNG KAIBOTON – Hidayah Centre Foundation (HCF) telah berkesempatan menghadiri Majlis Akad Nikah bagi komuniti mualaf yang berlangsung di kediaman Saudara James di Kampung Kaiboton pada 3 Ogos 2026. Majlis perkahwinan ini menjadi lipatan sejarah yang penuh bermakna buat keluarga berkenaan dalam menyempurnakan tuntutan syariat Islam.

Majlis tersebut menyaksikan anak lelaki Saudara James yang merupakan seorang mualaf menyempurnakan rukun nikah dengan bertindak sebagai wali bagi pernikahan adik perempuannya. Pelaksanaan peranan ini mencerminkan kefahaman serta penghayatan syariat yang baik dalam kalangan mualaf tempatan, di samping memperkukuh fungsi institusi kekeluargaan Islam.

Pihak Hidayah Centre Foundation mendoakan agar pasangan pengantin baharu ini dikurniakan kebahagiaan dan keharmonisan rumah tangga yang berkekalan. HCF kekal komited untuk memberikan sokongan berterusan kepada komuniti mualaf dalam memantapkan kefahaman agama serta mengukuhkan kesejahteraan ikatan kekeluargaan mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top