LOVE YOUR NEIGHBOR INITIATIVES
Macamana keadaan jiran sebelah rumah anda?
Kita selalu fikir dakwah ni kena naik pentas, dalam masjid, bagi kuliah…
Walhal, dakwah pun boleh dijalankan dengan kita “ambil berat” keadaan jiran kita



Di Hidayah Centre Foundation Melaka, kami bersama mualaf dan komuniti Muslim Taman Telok Mas menjalankan inisiatif “Love Your Neighbor”, menziarah jiran-jiran bukan Islam…bertanya khabar mereka, dan paling penting…menyampaikan imej Islam. Cina ada Islam, India boleh Islam, Sabah Sarawak pun sama. Kita okay!
Alhamdulillah perjalanan program menjadi lebih mudah apabila dipandu sukarelawan lokal kawasan tersebut.
Marilah kita menghayati dan mengamalkan hadis baginda Rasulullah SAW berkenaan cara hidup berjiran. Kita agungkan syiar Islam dan kita bina kehidupan yang harmoni dalam kepelbagaian.





