KUCHING – Hidayah Centre Foundation (HCF) Cawangan Kuching dengan kerjasama Hospital Umum Sarawak telah menjayakan program lawatan berkala ke Wad Pediatrik, Hospital Umum Sarawak. Inisiatif kemasyarakatan ini dianjurkan bagi mengumpul penyertaan sukarelawan tempatan untuk menziarahi serta memberikan sokongan emosi kepada pesakit-pesakit kanak-kanak yang sedang menerima rawatan.






Penganjuran program ini bermatlamat untuk menyemarakkan nilai belas kasihan dan keprihatinan inklusif dalam kalangan sukarelawan terhadap pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. Menerusi kunjungan berkenaan, pihak HCF Kuching turut menyampaikan sumbangan cenderahati bagi menceriakan suasana serta memberikan kegembiraan kepada para pesakit kanak-kanak di wad berkenaan.
Pihak Hidayah Centre Foundation merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Hospital Umum Sarawak atas ruang kerjasama yang diberikan. HCF kekal komited untuk memperluas gerak kerja kebajikan berasaskan nilai rahmah dan kemanusiaan demi memperkukuh keharmonian serta kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.





