Kursus Intensif dan Lanjutan Saudara Kita

𝑲𝒖𝒓𝒔𝒖𝒔 π‘°π’π’•π’†π’π’”π’Šπ’‡ 𝒅𝒂𝒏 𝑳𝒂𝒏𝒋𝒖𝒕𝒂𝒏 𝑺𝒂𝒖𝒅𝒂𝒓𝒂 π‘²π’Šπ’•π’‚

20 & 21 Disember 2025
Sabtu & Ahad
HCF Kuching

Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation (HCF) Sarawak cawangan Kuching telah diamanahkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) untuk melaksanakan Kursus Intensif dan Lanjutan Saudara Kita pada 20 dan 21 Disember 2025. Kursus yang dijalankan dua hari di Pejabat HCF Sarawak cawangan Kuching ini telah melibatkan 16 orang peserta.

Kursus Intensif dan Lanjutan Saudara Kita merupakan kursus khas untuk para mualaf yang baru memeluk agama Islam. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk mengukuhkan dan memantapkan akidah Islam, memberikan kefahaman asas Islam, serta melahirkan saudara kita yang berilmu, beriman dan bertaqwa.

Semoga para peserta dapat manfaat daripada perkongsian sepanjang kursus diadakan. Terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Sarawak kerana memberikan kepercayaan untuk melaksanakan Kursus Intensif dan Lanjutan Saudara Kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top