BINA & KUKUHKAN HUBUNGAN PERSAHABATAN MELALUI PROGRAM SUKAN HARMONI.
HCF Kota Marudu | 17 Oktober 2026 | Sabtu
Alhamdulillah, Team HCF Kota Marudu bersama JHEAINS Daerah Kota Marudu yang dihadiri Pegawai Tadbir Agama (PTA) Ustaz Kamal bin Sindong & Rakan Hidayah telah berjaya melaksanakan Program Sukan Harmoni : Persahabatan Badminton pada 17 Oktober 2026 lalu.






Program sukan yang santai dengan tema “Sukan Menyatukan Masyarakat Harmoni” yang dihadiri seramai 30 orang pelbagai latar belakang.
Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama sekali Pengarah Ministerial Secretary, Northern Sabah Mission (NSM), Gereja Masehi Advent Hari Ketujuh (SDA) Mission Utara Sabah (NSM), Pastor Juri Rumondok, serta sahabat- sahabat Pastor yang turut hadir memeriahkan program.
Semoga persahabatan & keharmonian ini berkekalan selamanya. Aamiin.





