CHANGLUN, 31 Julai 2026 – Hidayah Centre Foundation telah menganjurkan Kelas Bimbingan Mualaf (KBM) bertempat di Surau Al-Muhajirin, Changlun, yang memfokuskan kepada modul Sirah Nabi SAW. Pengisian ini bertujuan memberi pendedahan mendalam mengenai latar belakang kehidupan, keagungan akhlak, dan perjuangan Dakwah Rasulullah SAW kepada para peserta mualaf setempat.


Program yang berlangsung selama dua jam ini menekankan bahawa pembelajaran sirah bukan sekadar sorotan sejarah, sebaliknya menjadi panduan ikutan dalam membentuk peribadi Muslim yang cemerlang. Berteraskan dalil Al-Quran dan Hadis mengenai keagungan akhlak Baginda, sesi bimbingan ini diharapkan dapat menyemat rasa kasih dan cinta yang mendalam terhadap Nabi SAW, sekali gus membantu memantapkan proses pembentukan jati diri serta pegangan agama para saudara baharu.





