Alhamdulillah, kelas bimbingan Islam pada minggu lepas diadakan seperti biasa di dua lokasi iaitu Bayan Baru dan Seberang Jaya bersama rakan mualaf yang hadir untuk menimba ilmu ![]()
Sepanjang sesi kelas, rakan mualaf mengikuti pembelajaran mengaji, asas Fardu Ain serta perkongsian berkaitan kefahaman Islam dalam suasana yang santai dan mesra bimbingan ![]()
Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang sentiasa mengalu-alukan penyertaan saudara dan saudari mualaf untuk bersama menyertai kelas bimbingan kami pada sesi akan datang.
Lokasi & Masa:
Bayan Baru – Setiap Sabtu,
(2.00 – 5.00 petang)
Seberang Jaya – Setiap Rabu,
(8.00 – 10.30 malam)
Sesuai untuk mereka yang baru mengenali Islam, ingin belajar asas agama, bertanya soalan atau mendalami kefahaman Islam secara berperingkat.
Penyertaan adalah percuma
Maklumat lanjut: 012-550 3272
Semoga kelas ini terus menjadi asbab hidayah, kekuatan dan tempat sokongan buat para mualaf dalam perjalanan mengenali Islam ![]()
Sebarkan kepada rakan-rakan yang memerlukan.
#KelasPengajianIslam2026
#BelajarIslam
#HidayahCentrePulauPinang





