HCF Kota Kinabalu | Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
“Pernah dengar tentang Hidayah Centre Foundation?”-Biasanya soalan pertama kami kemukakan kepada pengunjung yang singgah di reruai.
Ada yang pernah dengar, ada yang macam pernah dengar dan ada yang baru dengar kali pertama.
Mudahnya, HCF adalah :
1. Pusat Sokongan Mualaf (Pendidikan,Kebajikan,Komuniti)
2. Kaunter Tanya Tentang Islam Khusus Untuk Bukan Islam
3. Agensi Yang diberi kebenaran oleh JHEAINS untuk membantu urusan pendaftaran mualaf.
Alhamdulillah, terima kasih Masjid Bandaraya Kota Kinabalu atas jemputan membuka reruai untuk memperkenalkan fungsi HCF.
Tidak dilupakan juga tim sukarelawan yang telah meluangkan masa bersama-sama menyantuni pengunjung sepanjang 3 hari. Sempat mereka sertai kuiz anjuran Bahagian Zakat & Fitrah MUIS. Menang pulak tu!






Saya seorang ibu tunggal dan beragama kristian . Saya ingin berkahwin tapi lelaki itu berlainan agama dengan saya dan dia beragama islam . Apakah yang saya boleh buat . Saya ingin minta pendapat .
hi! boleh hubungi kami di talian 019-524 6041 (Stella) beliau di KK