π΄πππππ π°ππππ π·πππ πππ π―ππ ππππ πͺπππππ πππππ πππππ π·ππππ π·πππππ ππππ ππ-16
Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang kali ke-16 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kemeriahan dan keberkatan pada 14 Mac yang lalu.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datoβ Azrul Mahathir Aziz, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap ADUN Bayan Lepas, yang menzahirkan sokongan padu terhadap usaha memperkukuh perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum.



Antara pengisian menarik adalah sesi sembang santai βJourney to Jannahβ yang menampilkan panelis Bro. Marcellus Mourine dan Bro. Haziq Roslan, yang berkongsi pengalaman serta inspirasi dalam perjalanan menuju keredhaan Allah SWT.
Lebih bermakna, majlis ini turut meraikan para mualaf santunan Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang bersama ahli keluarga mereka, sebagai tanda kasih sayang, sokongan dan kebersamaan dalam perjalanan mengenali dan menghayati Islam.
Di akhir majlis turut menyaksikan sesi penyampaian anugerah sebagai tanda penghargaan kepada individu-individu yang telah memberikan komitmen dan sumbangan cemerlang dalam usaha dakwah serta pembangunan mualaf. Pengiktirafan ini diharapkan menjadi inspirasi kepada semua untuk terus menyumbang dalam menyebarkan kebaikan.
Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu, penyumbang budiman, sukarelawan serta rakan kerjasama yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha ini menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan dan diberkati oleh Allah SWT.
“πΊππππππππ π°ππππ, π·πππππππππ π΄πππππ”





