HCF Sabah Santuni Keluarga Mualaf di Bundu Tuhan

BUNDU TUHAN — Bersempena dengan mesyuarat Hidayah Centre Foundation (HCF) Sabah yang berlangsung di Kampung Siba, Bundu Tuhan, pihak pengurusan telah mengambil peluang untuk menyantuni masyarakat setempat menerusi program ziarah mualaf di kawasan sekitar.

Dalam program berkenaan, sebanyak empat buah keluarga mualaf telah berjaya diziarahi oleh wakil warga HCF Sabah. Kunjungan mesra tersebut bertujuan untuk mengeratkan tali silaturahim, mendengar perkongsian serta cabaran kehidupan saudara baharu, di samping memberikan sokongan moral agar mereka sentiasa kekal istiqamah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.

Pihak HCF Sabah berharap usaha santunan secara berterusan ini dapat terus mengukuhkan hubungan ukhuwah serta memberi keyakinan kepada golongan mualaf bahawa mereka sentiasa mempunyai sistem sokongan dan keluarga yang sedia bersama dalam perjalanan agama mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top