GEORGE TOWN — Warga kerja Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP) telah mengadakan Ziarah Prihatin bagi menziarahi dua orang mualaf di bawah santunan HCFPP yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Dalam kunjungan tersebut, pihak HCFPP menyampaikan sokongan moral serta doa kepada seorang mualaf yang sedang menjalani rawatan penyakit jantung dan seorang lagi mualaf yang dijadualkan menjalani pembedahan kaki susulan kemalangan yang dialami. Program ziarah ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan HCFPP dalam memastikan kebajikan serta emosi saudara baharu sentiasa terpelihara, terutamanya ketika mendepani fasa ujian kesihatan.


Pihak pengurusan HCFPP mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna serta memberikan ketabahan dan kekuatan kepada kedua-dua mualaf berkenaan beserta keluarga dalam menghadapi dugaan ini.





