HCF Pahang Adakan Mesyuarat Pemantapan Muallaf

23 Ogos 2026 – Hidayah Centre Foundation (HCF) Pahang telah mengadakan Mesyuarat Pemantapan Muallaf 2.0 bersama Guru Mobile dan Rakan Hidayah di Pejabat HCF pada Ahad, 23 Ogos 2026. Alhamdulillah, mesyuarat ini berlangsung dengan baik.

Mesyuarat ini diadakan sebagai salah satu usaha memperkukuh gerak kerja bimbingan, sokongan serta kebajikan saudara baharu.

Pertemuan tersebut menjadi ruang untuk bertukar pandangan, menyusun perancangan dan memperkemas pendekatan dalam memastikan perjalanan saudara-saudara mualaf terus mendapat perhatian, bimbingan dan sokongan yang sewajarnya.

HCF Pahang berharap setiap usaha kecil yang dilaksanakan menjadi asbab lahirnya lebih banyak kebaikan serta mengukuhkan ukhuwah dalam komuniti.

“Bersama Membimbing, Bersama Mengukuhkan Hidayah.”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top