๐๐๐๐ ๐๐๐, ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
HCF KOTA KINABALU | 21.09.2026 (Isnin)
Hari ini kami bergerak ke ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐ฎ๐ฅ๐ข ๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ข๐ฉ๐จ๐ค membawa amanah bakul makanan daripada ๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐ค๐ฎ untuk disampaikan kepada asnaf mualaf.
Perjalanan ini telah dirancang sejak minggu lepas. Kawasan santunan HCKK agak luas. Dari Putatan hingga ke Tamparuli. Maka sumbangan kali ini kami memang telah senaraikan penerima dari Daerah Tamparuli.
Alhamdulillah, tiada yang kebetulan melainkan semua telah ditetapkan oleh Allah SWT. Pada 19.09.2026, Tuan Ridhuan Madirin, Rakan Hidayah Tamparuli hubungi kami memaklumkan ada jiwa yang ingin bersyahadah pada hari isnin iaitu hari kami akan ke sana.






Daerah Tamparuli ada pejabat agama (JHEAINS) yang dipimpin oleh Ustaz Suffian Kundu, Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Tamparuli. Biasanya kami akan memaklumkan jika ada program di daerah ini.
Seperti biasa,,kami akan mengambil sedikit masa untuk berkenalan dengan pemohon. Muhammad Irsyad nama pilihan, baru berusia 19 tahun. Sudah tertarik kepada Islam sejak di sekolah menengah melalui cara sembahyang orang Islam. Sebelum syahadah berlaku kami juga berkongsi tentang maklumat paling utama dan penting iaitu kenalkan tentang Allah, Rasul dan Al-Quran agar Irsyad![]()
Alhamdulillah,proses syahadah Muhammad Irshad selesai dengan tenang.
Perjalanan kami diteruskan ke Telipok untuk menyampaikan pula bakul makaanan kepada mualaf di kawasan ini.
Nikmatnya hari ini ![]()
Satu perjalanan, dua amanah.
Bertemu pada hari yang sama.
Terima kasih semua yang tidak putus berdoa dan menyokong usaha dakwah khususnya untuk Hidayah Centre Foundation Sabah (HCS).
Terima kasih Rakan Hidayah (sukarelawan) yang banyak membantu dalam menyantuni, membimbing, menyumbang tenaga, masa dan doa demi memastikan golongan sasaran mendapat hak sepatutnya.
“…๐ซ๐๐ ๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐. ๐ซ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐จ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐-๐ต๐๐.”-Al Maidah ayat 2
Alhamdulillah, terima kasih Yayasan Buruj, Banm Muamalat dan semua yang telah bersama menyumbang kenderaan dakwah untuk Sabah.
๐ฉ๐๐๐๐ & ๐ฉ๐๐๐๐ -kenderaan wakaf yang kami gelarkan sebagai โ๐ค๐ฎ๐๐ ๐๐๐ค๐ฐ๐๐กโ โ terus menjadi teman perjalanan kami dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Alhamdulillah ![]()
Hari ini, kami bukan sekadar menghantar sebuah bakul makanan.
Kami menyaksikan satu permulaan.
Seorang saudara melangkah ke dalam Islam, dan pada hari yang sama, sebuah amanah sampai ke rumahnya.
Terima kasih kepada sukarelawan setempat, ๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐ค๐ฎ dan semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.
๐๐ข๐ญ๐ ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐๐๐ซ๐ ๐๐ซ๐๐ค ๐ฌ๐๐จ๐ซ๐๐ง๐ .
๐๐ข๐ญ๐ ๐๐๐ซ๐ ๐๐ซ๐๐ค ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐.
#HidayahCentreFoundation
#HCFSabah
#Ihsanku
#BuroqBuruj
#KudaDakwah
#RakanHidayah





