Alhamdulillah, pada 24 Jun 2026, Hidayah Centre Foundation (HCF) Bundu Tuhan telah mengadakan ziarah kebajikan ke atas salah seorang saudara baharu yang juga merupakan Pengerusi Surau Kampung Malinsau Darat, Ranau.
Beliau baru-baru ini telah menjalani pembedahan di bahagian rahim dan kini sedang menjalani proses pemulihan. Kunjungan ini bertujuan untuk menyampaikan sokongan moral, mengeratkan ukhuwah serta menzahirkan keprihatinan HCF terhadap kebajikan saudara-saudara baharu.
Ziarah ini juga adalah kerjasama bersama dengan Daie YADIM Ranau. YADIM Ranau adalah rakan strategik HCBT dalam setiap aktiviti di Daerah Ranau sebagaimana KDMRS.





Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, mengangkat segala kesakitan yang dialami, mengurniakan kesabaran serta mempermudahkan segala urusan beliau.
اللهم رب الناس أذهب البأس واشفِ أنت الشافي لا شفاء إلا شفاؤك شفاءً لا يغادر سقماً
“Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah penyakit ini. Sembuhkanlah, Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.”
HCF Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang sentiasa istiqamah menyokong usaha dakwah dan kebajikan mualaf. Sumbangan anda menjadi asbab pelbagai program kebajikan, ziarah dan bimbingan dapat diteruskan demi memastikan saudara-saudara baharu terus mendapat perhatian dan sokongan.
Ayuh terus bersama Hidayah Centre Foundation dalam menyantuni dan memperkasa saudara-saudara baharu. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal soleh yang berterusan dan diberkati Allah SWT.
#HidayahCentreFoundationSabah#ZiarahMualaf#KebajikanMualaf#DakwahRahmah#Ranau#Sabah





