Di Sebalik Suatu Kisah Mualaf

๐ƒ๐ข ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ฅ๐ข๐ค ๐ฌ๐ฎ๐š๐ญ๐ฎ ๐ค๐ข๐ฌ๐š๐ก ๐ฆ๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐Ÿ, ๐š๐๐š ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐ฉ๐š๐ง๐ฃ๐š๐ง๐  ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ค๐ž๐ค๐ฎ๐š๐ญ๐š๐ง

Berita Dari Cawangan HCF Kota Kinabalu

Beberapa bulan lalu kami menziarahi seorang saudara baharu yang sedang diuji dengan pelbagai cabaran hidup. Demi menjaga privasi beliau, kami tidak akan berkongsi terlalu banyak butiran.

Beliau menghidap penyakit kronik yang menyebabkan penglihatannya semakin terhad. Suaminya kini sedang menjalani hukuman penjara, dan beliau perlu meneruskan kehidupan sambil menjaga anak-anak dalam keadaan yang sangat mencabar.

Apa yang paling menyentuh hati ialah seorang anaknya yang kini berusia 9 tahun masih belum mempunyai sijil kelahiran. Akibatnya, anak tersebut belum dapat bersekolah serta berdepan kesukaran mendapatkan hak-hak asas sebagai seorang kanak-kanak.

Sudah dalam jangkaan, pasti urusan ini tidak akan diselesaikan dengan cepat. Prosesnya melibatkan beberapa entiti, dokumen dan prosedur. Ia bukan urusan yang boleh diselesaikan dalam sehari.

Inilah realiti kerja lapangan. Kadang-kadang orang hanya melihat hasil akhirnya, tetapi tidak melihat perjalanan yang penuh cabaran di belakang tabir. Dengan masa, tenaga dan dana yang terhad, kami berusaha melakukan yang terbaik, satu demi satu.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong, menyumbang dan mendoakan usaha ini. Setiap bantuan yang diberikan amat bermakna buat mereka yang benar-benar memerlukan.

Doakan agar segala urusan adik ini dipermudahkan, urusan sijil kelahirannya dapat diselesaikan, dan dia akhirnya dapat menikmati haknya sebagai seorang kanak-kanak untuk bersekolah, mendapatkan rawatan kesihatan serta membina masa depan yang lebih baik.

Kami tidak menulis ini untuk mengeluh atau menyalahkan mana-mana pihak. Kami hanya berharap masyarakat lebih memahami bahawa membantu seseorang keluar daripada kemelut kehidupan memerlukan kesabaran, kerjasama dan masa. Semoga Allah mempermudahkan setiap langkah dan menerima setiap usaha kecil yang dilakukan. Amin.

Terima kasih Ustazah Nurul Huda Patsha Jeoyz dan Puan Melissa bantu ziarah dan santuni mualaf ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top