Derita Mualaf Penglihatan Kabur: Suami Di Penjara, Anak Tiada Sijil Lahir

Seorang ibu mualaf, penglihatan semakin kabur akibat kencing manis kronik. Suami pula sedang menjalani hukuman penjara. Di sisi beliau, anak sulung, Aidan (9 tahun) hanya mampu memandang rakan sebaya ke sekolah.

Aidan tercicir pendidikan. Bukan kerana tidak mahu, tapi kerana tiada sijil lahir akibat urusan pendaftaran yang terlewat.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul:

💔 Kesihatan: Puan Nuri sukar menguruskan dokumen kerana faktor penglihatan.

💔 Pendidikan: Hak Aidan untuk belajar terhenti tanpa dokumen pengenalan diri.

💔 Kelangsungan Hidup: Bergantung harap pada ihsan keluarga dan kakak.

Jumaat lalu, pasukan kami turun menyantuni mereka hasil maklumat seorang guru yang prihatin. Walau diuji hebat, iman Puan Nuri tetap teguh. Syukur, keluarga asalnya (bukan Muslim) tetap membantu keperluan harian—bukti kasih sayang melangkaui perbezaan iman.

Langkah seterusnya:

✅ Kami telah menghubungi PPD untuk panduan prosedur masuk sekolah.

✅ Kami akan mengiringi Puan Nuri ke JPN untuk menyemak status sijil lahir Aidan.

✅ Sumbangan awal telah diserahkan hasil sokongan Rakan Hidayah Penampang.

Perjalanan ini masih jauh. Urusan dokumentasi, sekolah, dan rawatan memerlukan kos serta tenaga yang berterusan. Kami tidak mampu lakukan sendirian.

Mohon doa kalian agar urusan Aidan dan Puan Nuri dipermudahkan. Kerana dakwah bukan sekadar mengajak, tapi menjaga. 🤝

#ZiarahKasih #RakanHidayah #MualafSabah #SampaikanIslamPerkasakanMualaf #KotaKinabalu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top