𝐃𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐥𝐢 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦, 𝐇𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐚𝐡𝐥𝐢𝐠𝐚𝐢 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚
Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation (HCF) Perak terus menyantuni perjalanan kehidupan mualaf. Bermula dengan mengikuti Kelas Kenali Islam, seterusnya melafazkan dua kalimah syahadah, kini beliau melangkah ke fasa baharu kehidupan dengan mendirikan mahligai cinta melalui majlis akad nikah di Pejabat Agama Daerah Ipoh.

Perjalanan ini menjadi satu kenangan bermakna dalam usaha HCF membimbing dan mendampingi mualaf, bukan sahaja dalam mengenali Islam, malah dalam membina kehidupan baharu berlandaskan ajaran Islam.
Allah SWT berfirman dalam Surah ar-Rum, ayat 21:
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
“𝐷𝑎𝑛 𝑑𝑖 𝑎𝑛𝑡𝑎𝑟𝑎 𝑡𝑎𝑛𝑑𝑎-𝑡𝑎𝑛𝑑𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑢𝑘𝑡𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑘𝑢𝑎𝑠𝑎𝑎𝑛-𝑁𝑦𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑟𝑎ℎ𝑚𝑎𝑡-𝑁𝑦𝑎, 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑤𝑎 𝐷𝑖𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑐𝑖𝑝𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑖𝑠𝑡𝑒𝑟𝑖-𝑖𝑠𝑡𝑒𝑟𝑖 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑗𝑒𝑛𝑖𝑠 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑠𝑒𝑛𝑑𝑖𝑟𝑖, 𝑠𝑢𝑝𝑎𝑦𝑎 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑒𝑛𝑎𝑛𝑔 ℎ𝑎𝑡𝑖 𝑑𝑎𝑛 ℎ𝑖𝑑𝑢𝑝 𝑚𝑒𝑠𝑟𝑎 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎, 𝑑𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑗𝑎𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛-𝑁𝑦𝑎 𝑎𝑛𝑡𝑎𝑟𝑎 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑎𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑠𝑖ℎ 𝑠𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑙𝑎𝑠 𝑘𝑎𝑠𝑖ℎ𝑎𝑛. 𝑆𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑒𝑚𝑖𝑘𝑖𝑎𝑛 𝑖𝑡𝑢 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛𝑑𝑢𝑛𝑔𝑖 𝑘𝑒𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛-𝑘𝑒𝑡𝑒𝑟𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑓𝑖𝑘𝑖𝑟.”
Semoga ikatan yang dibina ini menjadi permulaan sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah, serta dikurniakan kebahagiaan dan keberkatan hingga ke syurga.





