Bukan Sekadar Sukarelawan

Bila sebut pasal kerja dakwah dan bantu saudara baharu, ia bukan tugas seorang dua.

Ia adalah kerja berpasukan yang digerakkan oleh hati-hati yang ikhlas.

Hujung minggu lalu, Pejabat HCF Kota Kinabalu diceriakan dengan kehadiran ahli Rakan Hidayah (RH) dari tiga daerah (Kota Kinabalu, Penampang, dan Tuaran) bersama dalam program Rakan Hidayah Gathering.

Ia bukan sekadar perjumpaan, ini adalah medan ‘recharge’ iman dan ukhuwwah.

Bayangkan, masing-masing datang membawa semangat yang sama. Nak lihat usaha dakwah dan kebajikan saudara baharu di Sabah terus subur.

Dalam program yang sama pasukan Rakan Hidayah Tuaran secara rasminya menerima sijil lantikan penubuhan! Tahniah warga Tuaran, satu amanah indah kini bermula di daerah anda.

Bukan itu sahaja, penghargaan juga diberikan kepada peserta Revert Leadership Camp 2.0 serta ikon-ikon hebat kita yang telah menunjukkan komitmen luar biasa sepanjang awal tahun ini.

Pengorbanan masa dan tenaga mereka inilah yang menjadi tulang belakang gerak kerja HCF.

Sama-sama kita doakan agar ikatan ini terus utuh dan usaha menyebarkan rahmat Islam di bumi Sabah diberkati Allah SWT.

Teruskan melangkah, Rakan Hidayah.

#HidayahCentreFoundation #RakanHidayahGathering #DakwahSabah #SokonganMualaf #UkhuwwahFillah #KotaKinabalu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top