#repost HCF Perlis
BERTANDANG KE BUDDHIST SOCIETY KANGAR
KANGAR – Wakil daripada Hidayah Centre Foundation (HCF) Negeri Perlis telah mengadakan satu kunjungan mesra ke Persatuan Buddhist Society Kangar, Perlis baru-baru ini. Kehadiran delegasi HCF Perlis disambut baik oleh pihak pengurusan persatuan dalam satu pertemuan yang cukup santai.


Sesi sembang santai yang diadakan secara meja bulat di premis persatuan ini menjadi ruang terbaik untuk kedua-dua pihak saling berkenalan dengan lebih dekat. Sambil menikmati sedikit hidangan ringkas dan minuman yang disediakan, pertemuan berjalan dengan begitu tenang dan harmoni.
#HidayahCentreFoundation #HCFPerlis #KunjunganHarmoni #BuddhistSocietyKangar #PerlisHarmoni #HubunganMasyarakat





