πΊππππππππ π©ππππ πΉππππ ππ
17 & 18 Mac 2026
Selasa & Rabu
HCF Kota Samarahan
Alhamdulillah, pada 17 dan 18 Mac yang lalu, beberapa orang Rakan Hidayah Kota Samarahan bersama Ketua Rakan Hidayah Kota Samarahan telah berjaya menyampaikan sumbangan sempena program Bakul Ramadan Saudara Kita 4.0 kepada para penerima dalam kalangan saudara kita dari beberapa buah kampung di Kota Samarahan.
Untuk makluman, bakul Ramadan ini merupakan hasil sumbangan daripada para pelajar Kelas Bimbingan Saudara Kita An-Nur Kampung Meranek.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang. Semoga setiap kebaikan ini diberkati serta dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah SWT.





