Rumah Perlindungan

Hidayah Centre menyediakan lima rumah transit yang beroperasi di beberapa buah negeri.  Tujuan rumah transit ini :

  1. Menyediakan perlindungan sementara kepada saudara baru yang memerlukan.
  2. Memberi masa kepada saudara baru untuk mencari penyelesaian terhadap masalah mereka.
  3. memberikan peluang untuk belajar Islam dan menguatkan kefahaman mereka tentang Islam.
  4. Melatih saudara baru untuk berdikari sebagai persediaan sebelum keluar dari rumah ini.