Qurban for Mualaf

Program Ibadah Korban bersama saudara baru ini dianjurkan pada setiap tahun dan tertumpu di negeri Sabah dan Sarawak. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada saudara baru mengenai ibadah korban serta memberi peluang kepada mereka merasai suasana sambutan Hari Raya Aidiladha. Pada tahun 2017, sebanyak 26 Ekor Lembu dan 5 Ekor kambing telah dikorbankan. Perlaksanaan ibadah korban dilaksanakan oleh sukarelawan HCF di seluruh negeri dengan kaedah pengagihan daging dan jamuan. Alhamdulillah seramai 883 jumlah mualaf dapat diraikan sepanjang tempoh tersebut.