Program Makan Malam ini bertujuan untuk berinteraksi secara dekat dengan tetamu daripada pelbagai agama dan kaum. Tetamu diberi ruang untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan tentang agama Islam.
Program ini menghasilkan impak positif kepada pelbagai pihak kerana interaksi harmoni yang diterapkan mampu memberi kefahaman seterusnya mengeratkan hubungan antara agama dan kaum.