Agihan Sumbangan Al Quran kepada Saudara Baru

๐€๐ ๐ข๐ก๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐€๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐’๐š๐ฎ๐๐š๐ซ๐š ๐Š๐ข๐ญ๐š

14-15 September 2026
HCF Bintulu

Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation Sarawak telah menerima dan mengagihkan sumbangan naskhah Al-Quran daripada Azdan Quranic Centre kepada para mualaf dan individu yang memerlukan.

Semoga setiap helaian Al-Quran yang dibaca, difahami dan diamalkan oleh para penerima menjadi saham pahala yang berterusan buat semua penyumbang. Mudah-mudahan Allah SWT menerima amal kebajikan ini, melipatgandakan ganjarannya, serta mengurniakan keberkatan dalam rezeki, usia dan setiap urusan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Azdan Quranic Centre atas keprihatinan dan sokongan dalam menyebarkan cahaya al-Quran kepada saudara-saudara kita. Semoga usaha murni ini menjadi asbab lebih ramai mualaf mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui bacaan, penghayatan dan pengamalan al-Quran.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top