fbpx

Nafas baru buat mualaf.

Amin Liong adalah merupakan salah seorang saudara baru santunan Hidayah Centre Foundation. Berbekalkan kemahiran dalam membaiki kerosakan pada kenderaan, Amin Liong dan isteri,Erin sedang gigih berusaha dan berdikari dalam mengusahakan bengkel kenderaan mereka sendiri di Taman Industri Lembah Jaya, Ampang.

Sesi menandatangani surat perjanjian sokongan perniagaaan mualaf.


Selepas melakukan beberapa sesi perbincangan, pihak Hidayah Centre Foundation berbesar hati untuk menyalurkan sokongan buat pasangan saudara baru ini dengan menyuntik modal untuk perniagaan mereka. Perjanjian persefahaman juga turut ditandatangani sebagai akujanji agar pasangan ini terus berusaha memajukan diri dan perniagaan mereka dengan pemantauan dari pihak Hidayah Centre Foundation.

Bengkel beliau kini masih dalam proses renovasi dan akan mula beroperasi sepenuhnya bermula awal Disember ini. Mudah-mudahan proses renovasi ini berjalan lancar agar beliau dapat memulakan perniagaan secepat mungkin dan merancakkan lagi ekonomi usahawan Muslim ini. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di bengkel beliau adalah kerja kimpalan, ketuk, semburan, mengecat, membaiki enjin kenderaan juga pembaharuan insuran kenderaan.

Amin Liong berkemahiran membaiki kenderaan.

Kami amat berterima kasih buat semua penyumbang budiman yang menyalurkan sumbangan berterusan kepada Hidayah Centre Foundation dalam usaha menyampaikan Islam dan menyantuni mualaf. Sumbangan anda semua banyak membantu dalam memajukan perniagaan mereka juga memberi nafas baru buat mualaf dalam meningkatkan taraf ekonomi mereka kearah kehidupan yang lebih berkualiti dan berdaya maju. Terima kasih sekali lagi atas sokongan penderma budiman!
.
Selamat maju jaya diucapkan buat saudara Amin Liong dan isteri!
.

Bengkel Amin Liong masih lagi dalam proses renovasi. Moga proses renovasi berjalan lancar dan beliau dapat memulakan operasi bengkelnya secepat mungkin.
Maklumat bengkel perniagaan mualaf. Bersama kita zahirkan sokongan dalam membantu meningkatkan ekonomi mualaf.

#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top