Teori dan Praktikal Street Dakwah Ramadan Bersama Pelajar SMKA Sheikh Tahir Jalaluddin
11 Mac 2026 (Rabu) – Seramai 8 orang pelajar bersama 2 orang guru pengiring dari SMKA Sheikh Tahir Jalaluddin telah menyertai Latihan dan Praktikal Street Dakwah Ramadan dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP) di sekitar kawasan Bukit Mertajam.






Para peserta terlebih dahulu diberikan latihan dan taklimat dakwah, merangkumi pendekatan berdakwah secara berhikmah, adab berinteraksi dengan masyarakat serta mesej Islam yang ingin disampaikan khususnya berkaitan keindahan Ramadan sebagai bulan rahmah dan hidayah.
Selepas sesi latihan, para pelajar turut menjalani praktikal turun ke lapangan untuk menyantuni masyarakat sambil berkongsi risalah serta mesej dakwah tentang Islam dan Ramadan.





