6 Disember 2022 Selasa
HCF Kuching Samarahan
Pada hari Selasa, 6 Disember 2022, Hidayah Centre Foundation Sarawak Cawangan Kuching Samarahan telah melakukan lawatan muhibbah ke Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang telah diwakili oleh tiga orang kakitangan Hidayah Centre Foundation ke sana.
Lawatan muhibbah ini diraikan oleh beberapa pegawai yang mewakili pihak PITAS UNIMAS termasuklah Prof. Madya Dr Abdul Halim Bin Busari, Pengarah Pusat Islam Tun Abang Salahuddin, Universiti Malaysia Sarawak. Pelbagai perbincangan mahupun perkongsian yang diberikan sepanjang lawatan ini diadakan seperti berbincang tentang program yang dapat dijalankan secara bersama pada masa yang akan datang.
Semoga dengan segala perbincangan yang diberikan membuahkan hasil dengan kerjasama yang akan dilaksanakan nanti. Terima kasih Pusat Islam Tun Abang Salahuddin, Universiti Malaysia Sarawak.








