HCF Bundu Tuhan | 18 Jun 2025 (Rabu)
Alhamdulillah. HCF Bundu Tuhan laksanakan Ziarah Kupi Kupi di sebuah rumah terletak berhampiran dengan Pekan Kundasang. Nama saudari itu adalah Saudari Etik.
Saudari Etik kini bersama suami dan seorang anak tinggal di rumah tersebut. Mereka bersama-sama mengusahakan kebun menanam jagung, tembikai dan lain-lain.
Sedikit sebanyak telah kami kongsikan latar belakang Hidayah Centre Foundation kepada mereka.
Mari sama-sama kita mendoakan semoga Saudari Etik sentiasa tabah untuk menjalani kehidupannya.
Semoga Allah SWT permudahkan urusan dakwah kita semua. Amin insyaAllah.
Jutaan terima kasih kepada para penyumbang. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memurahkan rezeki kita semua.
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf
#HCBT
#ziarahkupikupi
#ziarahnonmuslim