Pelajar Tajaan HCF Mulakan Latihan Industri di HCKM

21 Jun 2025 / sabtu / Menghantar Pelajar Tajaan ke HCKM

Adik Aryan merupakan salah seorang pelajar yang mendapat tajaan daripada HCF untuk melaksanakan latihan industri di (HCKM). Pelajar ini datang daripada keluarga mualaf yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap perubahan hidup dan pendidikan Islam yang lebih mendalam.

Pada hari Sabtu baru-baru ini ,pihak HCBT telah menguruskan penghantaran Adik Aryan ke HCKM. Beliau telah ditemani oleh kedua-dua ibubapanya serta kakaknya. Sepanjang proses penghantaran, pihak HCBT memberikan bimbingan serta taklimat ringkas berkenaan perjalanan akademik dan kebajikan pelajar sepanjang tempoh latihan di HCKM.

Keluarga Adik Aryan turut menyatakan penghargaan terhadap bantuan dan sokongan daripada HCF dan mereka komited untuk terus menyokong usaha pendidikan anak mereka demi masa depan yang lebih baik sebagai Muslim yang berilmu.

Tajaan ini merupakan sebahagian daripada usaha HCBT untuk memperkasa saudara baru melalui pendidikan dan pembangunan jati diri Islam. Ia juga bertujuan untuk membina masa depan yang lebih cerah buat anak-anak mualaf, agar dapat menyumbang kembali kepada komuniti mereka pada masa hadapan.

Pihak HCBT akan terus memantau perkembangan pelajar sepanjang pengajian di HCKM dan akan memastikan segala bentuk sokongan diberikan dari masa ke semasa. Semoga Adik Aryan dapat menimba ilmu dengan baik dan menjadi contoh yang baik kepada keluarga serta komuniti mualaf yang lain.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top