TAJAAN PELAJAR MUALAF KE IPDAS KAMPUS KUDAT, SABAH
Alhamdulillah, HCF Sabah telah menghantar 14 orang mualaf dan anak mualaf untuk menyambung pelajaran ke IPDAS Kampus Kudat pada 10 Jun 2025 bagi sesi 2025-2026.
Adalah menjadi tanggungjawab kami di HCF bagi memastikan para Mualaf terus diperkasakan. Pendidikan merupakan satu asas yang sangat penting bagi membangunkan para Mualaf ke arah yang lebih cemerlang dan terus istiqomah dalam mengamalkan ajaran agama Islam.


Doakan kekuatan dan kesabaran kepada mereka untuk terus menuntut Ilmu.
Jutaan penghargaan kepada para penyumbang budiman yang sentiasa memberi sokongan kepada HCF dalam usaha memperkasakan Mualaf.
“Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf”