Mother’s Day Walk: Mesej Kasih Sayang Buat Ibu Tersayang

HIDAYAH CENTRE FOUNDATION KOTA KINABALU

12.05.2025 | Teluk Likas

🌷MOTHER’S DAY WALK – LANGKAH KECIL, MAKNA BESAR🌷

“Ibu: Sumber kasih, kekuatan dan inspirasi.”
Alhamdulillah & tahniah!

Aktiviti Mother’s Day Walk yang berlangsung baru-baru ini telah berjalan dengan lancar dan penuh semangat kasih sayang. Seramai 30 orang sukarelawan dari pelbagai latar belakang turun padang bagi menyampaikan mesej penghargaan buat insan bergelar ibu.

Sebanyak 130 set goodies berjaya diedarkan kepada para ibu yang ditemui di sekitar lokasi. Setiap bungkusan mengandungi:
📘 Pamplet bertemakan “Memuliakan Ibu”
🧁 Sebiji muffin sebagai hadiah kecil tanda kasih

💐 Terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan hebat yang mewakili:

1. Hidayah Centre Foundation (HCF)
2. Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) Gabungan Dakwah Malaysia
3. KDMRS KDMRS Muslim
4. IKRAM Kota Kinabalu IKRAM Kota Kinabalu
5. HARMONI
6. SAHABAT Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita
7. APEN Anjung Pendidikan Penampang

Kebersamaan ini mencerminkan nilai kasih sayang sejagat & semangat harmoni yang kita bina bersama.

Semoga langkah kecil ini menjadi asbab besar kepada lebih banyak hati yang tersentuh. Teruskan menyebar kasih — kerana setiap ibu layak dihargai, setiap hari. 🤍

#MothersDayWalk
#KasihTanpaSempadan
#BersamaUntukIbu
#HidayahHarmoni

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top