Program Rumah Terbuka Masjid Lukut anjuran JHEAINS dengan kerjasama Masjid Lukut dan Hidayah Centre Foundation Negeri Sembilan
11 Mwi 2025 (Ahad) – Rumah Terbuka telah diadakan di Masjid Qariyah Lukut, Port Dickson pada 11 Mei yang lepas. Program ini anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan “Official” dengan kerjasama Masjid Qariyah Lukut dan Hidayah Centre Foundation Negeri Sembilan.






Lebih 600 orang pengunjung hadir ke program ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Ini termasuklah ahli kariah, mualaf dan nonmuslim. Hidayah Centre Foundation Negeri Sembilan membuka booth pengenalan kepada Islam dan kenali Nabi Muhammad untuk pameran.
NGO IKRAM Negeri Sembilan turut memberi kerjasama manakala MyC4RE turut mengadakan pameran Palestine. Alhamdulillah semoga usahasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.